A Member of
Malaysian Security Services Association (PPKKM) No. 0271


CAREERS AT CEMERLANG PROTECTION

Immediate vacancies;
  • Branch Manager / Assistant Branch Manager
  • Marketing / Business Development Executive
  • Operations / Patrol Officer
  • Elite Guard Unit (RM1300-RM1700)
  • Pro Guard Unit (RM1200-RM1500)
  • Security Guard             (Up to RM1,400.00)
  • Admin Asst./General Clerk
More...
Our Core Values Our Services Our Clients

Trusted, Reliable and Discipline are our way of life as security professional to guard and secure our customers premises

  • On Site Security Personnel(Unarmed and Armed)
  • Mobile Patrol
  • Alarm Response
  • Security Consultancy
  • Security Training
  • Office Buildings & Complexes
  • Factories & Plants
  • Communication Sites & Towers
  • Residential Area & Apartments
  • Hospital Complexes & Facilities
  • Schools, Colleges & Universities
  • Warehouses
  • Government & Private Sectors
WHAT'S NEW

UCAPAN YBHG. DATO’ HAJI AHMAD BIN HAJI ISMAIL PADA 18 NOVEMBER 2013

Monday, 30 December, 2013

UCAPAN YBHG. DATO’ HAJI AHMAD BIN HAJI ISMAIL
PENGERUSI, CEMERLANG PROTECTION SDN BHD DI MAJLIS PENUTUP KURSUS KEMAHIRAN PENGAWAL KESELAMATAN TAHAP 1 PADA HARI ISNIN 18 NOVEMBER 2013 BERTEMPAT DI KUANTAN, PAHANG.

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

 

TUAN PENGERUSI MAJLIS,
TUAN MEJ(B) MOHD ZAHIR BIN YAHYA PENGURUS OPERASI CEMERLANG PROTECTION SDN BHD,
PEGAWAI-PEGAWAI CEMERLANG PROTECTION SDN BHD,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PESERTA KURSUS SEKALIAN.

 

          SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN-NYA JUA KITA DAPAT BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP SIRI 7/ 2013 INI. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR YANG TELAH MENJEMPUT SAYA UNTUK HADIR DAN BERUCAP DI MAJLIS PENUTUP KURSUS INI, DAN PADA MASA YANG SAMA, UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL-SIJIL KEPADA PESERTA SEKALIAN.

 

          SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN PENGUSAHA SYARIKAT-SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN, KHASNYA YANG BEROPERASI DI PANTAI TIMUR, YANG TELAH SAMA-SAMA MENGHANTAR PENGAWAL-PENGAWAL MEREKA UNTUK DI KURSUSKAN OLEH SYARIKAT CEMERLANG PROTECTION SDN BHD. INI .SESUNGGUHNYA, USAHA INI,IAITU TINDAKAN TUAN-TUAN MENGANTAR PENGAWAL-PENGAWAL UNTUK DI LATIH OLEH PIHAK KETIGA DI SINI PADA TARIKH INI, TIDAK SYAK LAGI MEMBERI KEMUDAHAN KEPADA TUAN-TUAN SEKALIAN KERANA KOSNYA TIDAK TERLALU TINGGI BERBANDING JIKA IA DI ADAKAN DI KUALA LUMPUR. PENGAWAL-PENGAWAL SEKALIAN TIDAK PERLU DI HANTAR TERLALU JAUH DI KUALA LUMPUR, SEHINGGA MENYEBABKAN KOS PENGANGKUTAN YANG TINGGI DAN MENJEJASKAN TUGAS-TUGAS PENGAWALAN SEHINGGA BEBERAPA HARI.

 

          BARU-BARU INI TELAH HEBOH TERSEBAR BERITA TENTANG PENGAWAL KESELAMATAN TELAH MEROMPAK DI BANK YANG IA DI TUGASKAN MENJAGA KESELAMATANNYA. DEMIKIAN JUGA TELAH HEBOH CERITA TENTANG PENGAWAL KESELAMATAN YANG MEROMPAK KEDIA EMAS YANG MANA SEPATUTNYA MEREKA DI TUGAS MENJAGA KESELAMATANNYA. MAKA HEBOHLAH CERITA TENTANG KONONNYA KEJADIAN-KEJADIAN INI, SERUPA DENGAN PEPATAH YANG BERBUNYI HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

 

          MEMANG BENAR, TANGGAPAN ITU ADALAH SATU SENARIO YANG CUBA MENYAMARATAKAN SEMUA PENGAWAL KESELAMATAN. SEOLAH-OLAH SEMUA PENGAWAL KESELAMATAN ADALAH SAMA SAHAJA. PADA HAL, MEREKA PATUT TAHU DAN SEDAR BAHAWA HANYA SEGELINTIR PENGAWAL KESELAMATAN ADALAH   DARI JENIS YANG SEDEMIKIAN. MEREKA SEBENARNYA BUKANLAH MEWAKILI MAJORITI PENGAWAL KESELAMATAN. MAJORITI PENGAWAL KESELAMATAN ADALAH MEREKA YANG BAIK-BAIK,MEREKA YANG BOLEH DIHARAPKAN. MAJORITINYA ADALAH MEREKA YANG MENCARI REZEKI YANG HALAL MELALUI SATU KERJA YANG MULIA. DAN BERTANGGUNGJAWAB.

 

          MUNGKINKAH KEJADIAN INI DI SEBABKAN TERLALU BANYAK SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN PADA HARI INI, SEHINGGA SUKAR UNTUK MENDAPAT KERJA? ATAU MUNGKINKAH DI SEBABKAN OLEH KOS HIDUP YANG TERLALU TINGGI PADA HARI INI, SEHINGGA MENYEBABKAN SEGELINTIR MANUSIA MENCARI JALAN SENANG DENGAN MEROMPAK SAJA? ATAU MUNGKINKAH DI SEBABKAN TAHAP JENAYAH DI NEGARA INI TERLALU TINGGI SEHINGGA MEREKA SANGGUP MEROMPAK DAN BERHARAP POLIS TIDAK AKAN BERBUAT APA-APA UNTUK MENCARI MEREKA? SEMUA INI ADALAH TANGGAPAN SEMATA-MATA DAN TERPULANGLAH KEPADA PIHAK POLIS UNTUK MENKATEGORIKAN MEREKA KE KATEGORI YANG SESUAI.

 

          WALAU APAPUN JAWAPANNYA,SATU JAWAPAN ADALAH NYATA IAITU KUMPULAN MANUSIA YANG DI KATAKAN SEBAGAI HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI ITU, TIDAK TERMASUK PENGAWAL-PENGAWAL YANG SEDANG BER KURSUS INI. ADALAH TIDAK ADIL UNTUK DI SAMARATAKAN. KAMI BERTIKAD UNTUK MEMBUKTIKAN KAMI DARI KATEGORI YANG LAIN. BAGI KAMI, KAWALAN KESELAMATAN ITU ADALAH PERIUK NASI KAMI, DAN KAMI TIDAK RELA IANYA DI TABUR DENGAN PASIR.

 

          DENGAN ITU PENGAWAL PENGAWAL KESELAMATAN SEKELIAN HENDAKLAH MEMBUKTIKAN KATA-KATA ITU ADALAH BENAR DAN TIDAK HANYA MANIS DI MULUT SAHAJA. MASALAH PENGAWAL-PENGAWAL TIDAK DATANG KERJA ATAU PENGAWAL-PENGAWAL HILANG DI MASA KERJA, ATAU TIDAK MEMAKAI UNIFORM DAN LAIN-LAIN BENTUK YANG MENUNJUKKAN KURANGNYA DISIPLIN DI KALANGAN PENGAWAL-PENGAWAL SEKELIAN, MESTILAH DI HAPUSKAN. SAYA BENAR-BENAR BERHARAP AGAR PERBUATAN MENURUNNYA TAHAP DISIPLIN DI KALANGAN PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN JIKA MASEH BERLAKU, HENDAKLAH DI HENTI DENGAN SEGERA. INGIN SAYA MAKLUMKAN BAHAWA APABILA SAYA BERJUMPA DENGAN PEGAWAI-PEGAWAI TINGGI KERAJAAN DAN SWASTA, SUNGUTAN DAN TANGGAPAN YANG RENDAH TERHADAP PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN MASIH LAGI SAYA DENGARI DARI MEREKA.


          INILAH CABARAN YANG BESAR YANG MESTI TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN HADAPI. MASAALAH INI MUNGKIN DI SEBABKAN PERSEPSI YANG TELAH LAMA TERTANAM DALAM BENAK HATI MEREKA SEMENJAK BERTAHUN-TAHUN LAMANYA, ATAU SEMEMANGNYA BERLAKU DEMIKIAN. SEKIRANYA MASALAH KURANGNYA DISIPLIN DI KALANGAN PENGAWAL INI ADALAH SESUATU YANG BENAR-BENAR BERLAKU, MAKA ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN DAN BERHIJRAH DARI DAERAH KURANGNYA DISIPIN KE DAERAH YANG CUKUP DISIPLIN DAN BUKTIKAN KEPADA MEREKA YANG MEMPUNYAI TANGGAPAN RENDAH KAPADA PENGAWAL BAHAWA KAMI PENGAWAL-PENGAWAL KESELAMATAN BOLEH BERUBAH, DAN BAHAWA KAMI BOLIH MEMPERBAIKI DIRI KAMI SENDIRI. INILAH TEKAD YANG SEPATUTNYA ADA DI BENAK HATI TIAP-TIAP ORANG PENGAWAL.

 

            SEKIRANYA APA YANG MEREKA KATAKAN ITU ADALAH TANGGAPAN ATAU PERSEPSI SEMATA-MATA, MAKA ADALAH MENJADI TANGGUNGJAWAB TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN UNTUK MEMBUKTIKAN APA YANG MEREKA SANGKA ATAU PERSEPSI MEREKA ITU ADALAH TIDAK BETUL DAN TIDAK BENAR SAMA SEKALI.. MUNGKIN APA YANG MEREKA PERKATAKAN ITU ADALAH TENTANG PENGAWAL-PENGWAL DI ZAMAN LAMPAU ATAU SEMBILAN PULUHAN DAHULU. PENGAWAL-PENGAWAL PADA GENERASI INI TIDAK SEBEGITU LAGI. KAMI ADALAH GENERASI YANG CUKUP JAGA TENTANG DISIPLIN, CUKUP JAGA TENTANG CARA MENGHORMATI BOS, CARA MENGHORMATI TETAMU DAN LAIN-LAIN LAGI.TERPULANG KEPADA TUAN-PUAN UNTUK MEMBUKTIKAN BAHAWA MEREKA SALAH.

 

            KITA MENGHARAPKAN DENGAN MENGHADIRI KURSUS INI, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN DAPAT BERUBAH MENJADI PENGAWAL YANG BERKETERAMPILAN, DALAM ERTIKATA LAINNYA, ANTARANYA IALAH PENGAWAL-PENGAWAL SENTIASA BERPAKAIAN DENGAN KEMAS, BAJU DI TUCKED-IN, SENTIASA BERKASUT, BUKAN BERSELIPAR, ATAU DENGAN KATA LAINNYA ,SELALU SMART,  SENTIASA SMART DAN ALWAYS SMART.

 

            SELAIN DARI ASPEK PENONJOLAN DIRI, SATU LAGI ASPEK YANG SELALU DI TITIK BERATKAN ,IALAH KUALITI PENGAWALAN YANG DI BERIKAN. PENGAWAL-PENGAWAL SEKELIAN HENDAKLAH SETIASA MEMBUAT RONDAAN PADA KETIKA-KETIKA TERTENTU, TIDAK MENINGGALKAN POS, TIDAK DATANG LEWAT,DAN TIDAK TIDUR DI POS. POS MEREKA BEGITU BAIK, BEGITU TERATUR, DOKUMEN-DOKUMEN SEPERTI BUKU PENDAFTARAN, BUKU PELAWAT DAN LAIN-LAIN DI ATUR DENGAN TERATUR,TIDAK ADA KESAN-KESAN ATAU BARANG-BARANG YANG TIDAK SEPATUTNYA BERADA DI SITU SEPERTI TILAM, BANTAL DAN PERALATAN-PERALATAN LAIN SEPERTI BARANG-BARANG BINAAN, CANGKUL DAN BARANG-BARANG TUKANG KEBUN LAINNYA DI LETAKKAN DI SITU.

 

            DEMIKIAN JUGA, DIKATAKAN POS YANG BAIK IALAH POS YANG BERSIH, TERATUR DAN SMART. TIDAK ADA SAMPAH SARAP DI SITU ATAU TIDAK ADA BUNGKUSAN-BUNGKUSAN PLASTIK TINGGALAN ORANG-ORANG YANG MEMINUM AIR SIRAP DSBNYA, ATAU BARANG-BARANG DI SUSUN DENGAN TERATUR, PERALATAN CUKUP DAN LENGKAP, SERTA DALAM KEADAAN BOLEH-GUNA. MISALNYA LAMPU SULUH MESTILAH ADA BATERI NYA DAN MASIH BOLEH DI GUNAKAN. BUKU-BUKU LAPORAN DI ISI DENGAN LENGKAP DAN DI KEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA. KITA BERHARAP INILAH SUASANA BARU YANG KITA MAHU CIPTAKAN SELEPAS KURSUS INI.

 

              KITA MESTI TAHU BAHAWA PADA ASASNYA KITA BERSAING, DAN ORANG MEMILIH KITA KERANA KITA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK KEPADA PELANGGAN KITA. KITA BERSAING BUKAN SAHAJA UNTUK MEMBERI TAWARAN HARGA YANG PALING “COMPETITIVE”. INI LAH YANG DI KATAKAN PERSAINGAN YANG SIHAT.YANG AKHIRNYA PELANGGAN KITA, DAN DALAM BANYAK KES IALAH KERAJAAN MALAYSIA, IAITU SAMA ADA KEMENTERIAN PELAJARAN BAGI TENDER SEKOLAH ATAU KEMENTERIAN KESIHATAN BAGI TENDER HOSPITAL ATAU LAIN-LAIN AGENSI KERAJAAN SEPERTI TELEKOM, ADALAH PIHAK YANG MENANG., KERANA PIHAKNYALAH YANG MENDAPAT KUALITI KERJA YANG PALING BAIK DENGAN HARGA YANG PALING ‘COMPETITIVE.

         

              DALAM SISTEM INI, KITA TAHU KITA TIDAK AKAN DI PILIH OLEH LEMBAGA TENDER, SEKIRANYA KITA MEMPUNYAI NAMA ATAU REKOD YANG TIDAK BAIK,ATAU TAWARAN HARGA KITA ADALAH TERLALU TINGGI, ATAU KITA MEMBUAT TAWARAN YANG TIDAK MENEPATI SPESIFIKASI, ATAU TIDAK LENGKAP. OLIH ITU, SAYA MERAYU KEPADA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN, SUPAYA SENTIASA BERBANGGA DENGAN SYARIKAT TUAN2 DAN PUAN2 SEKELIAN, JULANG NAMANYA TINGGI-TINGGI SUPAYA DI KENALI RAMAI SEBAGAI SYARIKAT YANG SENTIASA MEMBERI PERKHIDMATAN YANG TERBAIK.

           

            KITA TIDAK PERCAYA KEPADA PERBUATAN KOTOR DAN TIDAK BERMORAL SEPERTI POTONG HARGA (PRICE UNDER-CUTTING), BERPAKAT SUPAYA HARGA TERTENTU SAHAJA YANG BOLEH DI TERIMA, ATAU TERLIBAT DENGAN MEMBERI RASUAH ATAU MEMBELI KONTRAK.

 

            SELAIN DARI ITU, KITA TIDAK MAHU PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN INI DIKAITKAN DENGAN IMEJ YANG RENDAH . KITA TIDAK MAHU ORANG MENYEBUT TENTANG ADANYA PENGAWAL YANG TERLIBAT DENGAN JENAYAH, DADAH, ROMPAKAN, GANGSTERISM, ROGOL, MENEMBAK DENGAN TIDAK SENGAJA, TERTEMBAK KAWAN, TERTEMBAK DIRI SENDIRI ATAU TERLIBAT DENGAN GEJALA LGBT (LESBIAN, GAY, BISEXUAL DAN TRANSEXUAL).

           

            JADI IMEJ YANG BURUK INILAH KITA HENDAK HAPUSKAN MELALUI KURSUS-KURSUS SEPERTI INI. KITA MAHU PENGAWAL-PENGAWAL MENJADI LEBIH PROFESSIONAL, SEMUANYA LULUS TAPISAN KESELAMATAN, SEMUANYA BERSIH DARI SEBARANG BENTUK JENAYAH, DAN MALAH MERUPAKAN ORANG-ORANG YANG DI HORMATI DALAM MASYARAKAT.

 

            SAYA MENYARANKAN TUAN-TUAN DAN PUAN2 AMALKAN NILAI ‘AMANAH’ DALAM KERJA TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKELIAN.’. NILAI INI AKAN MEMERTABATKAN SYARIKAT TUAN2 DAN PUAN2 SEKALIAN.. AMANAH INI BERMAKSUD ANTARANYA IALAH, AMANAH DENGAN BARANG-BARANG YANG SYARIKAT BEKALKAN, AMANAH DARI SEGI DATANG KERJA PADA WAKTU YANG DI TETAPKAN, MEMBUAT RONDAAN MENGIKUT JADUAL YANG DI PERSETUJUI BERSAMA, TIDAK CURI TULANG PADA MASA DATANG KERJA DAN MASA BALIK KERJA, AMANAH DENGAN PAKAIAN YANG DI BEKALKAN,AMANAH DALAM CARA KITA BERBELANJA DENGAN WANG GAJI ITU, KITA TIDAK MENGGUNAKAN MASA KERJA UNTUK MELEPAK ATAU APA LAGI UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA MAKSIAT SEPERTI BERJUDI DAN SEBAGAINYA.

 

            SAYA TIDAK BERCADANG UNTUK BERUCAP DENGAN PANJANG LEBAR PADA KALI NI, TETAPI MEMADAILAH UNTUK SAYA MENYERU TUAN-TUAN SUPAYA SENTIASA AMALKAN   BUDAYA CEMERLANG PADA SETIAP MASA. OLEH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGEJAR KECEMERLANGAN BAGI SYARIKAT KITA DENGAN MENGAMALKAN NILAI-NILAI YANG MULIA YANG MENJADI TONGGAK KEPADA KEJAYAAN SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERJAYA DI DUNIA.

 

WABILLEHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMU ALIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKAATUH.

NEW MEMBERS/STAFFS

Sunday, 30 June, 2013

Welcoming new staff to our dynamic expanding company and to this challenging industry;

  • Mejar(b) Mukhtar b. Ali as Assistant Operation Manager at Head Office since 01 June 2013.
  • Cik Nadhirah bt. Baharin as Operation Clerk at Head Office since 17 June 2013.
  • En.M.Shahrir b. Md.Jani as Branch Manager at Kuala Lumpur Branch Office on 01 June 2013.
  • Cik Nurul Zalikha bt. Shamsudin Shah as General Clerk at Kuala Lumpur Branch Office on 17 June 2013.
  • En.Mohd Tasyrif b. Mat Nawi as Sector/Patrol Officer at Johor Branch since 15 April 2013.

UCAPAN YBHG.DATO’HAJI AHMAD BIN HAJI ISMAIL DI MAJLIS ANUGERAH PENGAWAL TERBAIK 2013

Friday, 17 May, 2013

UCAPAN YBHG. DATO’ HAJI AHMAD BIN HAJI ISMAIL
PENGERUSI, CEMERLANG PROTECTION SDN BHD SEMASA MAJLIS PEMBERIAN ANUGERAH PEKERJA TERBAIK ZON TENGAH BIL 1/13 PADA HARI JUMAAT 26 APRIL 2013 DAN ZON UTARA PADA JUMAAT 10 MEI 2013 MASING-MASING DI PEJABAT CEMERLANG PROTECTION SDN BHD, CAWANGAN TENGAH, DI JALAN BATU CAVES,KUALA LUMPUR DAN DI CAWANGAN UTARA, JALAN BUKIT TAMBUN, SIMPANG AMPAT, SEBERANG PRAI SELATAN, PULAU PINANG.

 

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


TUAN PENGERUSI MAJLIS,
TUAN ABDUL MALEK BIN ABDULLAH,  PENGURUS BESAR, CEMERLANG PROTECTION SDN BHD,
TUAN MEJ (B) MOHD ZAHIR BIN YAHYA PENGURUS KANAN OPERASI, CEMERLANG PROTECTION SDN BHD,
PEGAWAI-PEGAWAI CEMERLANG PROTECTION SDN BHD,
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN.


SYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN-NYA JUA KITA DAPAT BERKUMPUL PADA PAGI INI UNTUK MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENGANUGERAHAN PENGAWAL TERBAIK BAGI ZON UTARA. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK PENGANJUR YANG TELAH MENJEMPUT SAYA UNTUK HADIR DAN BERUCAP DI MAJLIS INI, DAN PADA MASA YANG SAMA, UNTUK MENYAMPAIKAN SIJIL DAN ANUGERAH KEPADA PENGAWAL TERBAIK INI.

 

          INI ADALAH MERUPAKAN INISIATIF TERBARU DARIPADA CEMERLANG PROTECTION SDN BHD. IANYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGGALAKKAN KAKITANGAN CEMERLANG PROTECTION SDN BHD UNTUK BERKHIDMAT DENGAN SEBAIK MUNGKIN UNTUK MENJANAKAN PRODUKTIVITI YANG TERBAIK DAN SECEMERLANG YANG MUNGKIN, SESUAI DENGAN NAMANYA “CEMERLANG PROTECTION SDN BHD.”.

 

          INISIATIF INI ADALAH KESINAMBUNGAN KEPADA INSIATIF-INISIATIF YANG SERUPA YANG TELAH DI JALANKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN SYARIKAT CEMERLANG PROTECTION SDN BHD SEMENJAK PENGURUSAN BARU MENGAMBIL ALIH TERAJU KEPIMPINAN SYARIKAT INI. PADA TAHUN 2010 SYARIKAT INI TELAH MEMPEROLIHI SIJIL ISO 2009 DAN SIJIL ITU DI PERTAHAN KAN HINGGA KE HARI INI ,INI ADALAH CONTOH-CONTOH INISIATIF-INISIATIF YANG TELAH DAN SEDANG DI AMBIL OLIH PEHAK PENGURUSAN SYARIKAT INI UNTUK MENINGKATKAN SUASANA KERJA DI SYARIKAT INI SUPAYA LEBIH MENYERONOKKAN DAN MENGURANGKAN KEBOSANAN.

 

          BERBALIK KEPADA ANUGERAH PENGAWAL TERBAIK INI, INGIN DI MAKLUMKAN BAHAWA UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA LEBIH RAMAI PENGAWAL MENGAMBIL BAHAGIAN, 5 ZON TELAH DI BENTUK IAITU ZON TENGAH, ZON TIMUR, ZON UTARA , ZON SABAH / SARAWAK DAN ZON TM.PENILAIAN AKAN DI BUAT PADA SETIAP MASA, DAN SATU TIM /PANEL PENILAIAN TELAH DI BENTUK DI IBU PEJABAT UNTUK MENILAI MEREKA. ANUGERAH INI AKAN DI LAKUKAN 3 KALI SETAHUN, DAN OLEH ITU MEREKA YANG TIDAK BERJAYA KALI INI, AKAN MEMPEROLIH PELUANG PADA MASA-MASA AKAN DATANG.

 

            PADA KESEMPATAN INI, SAYA INGIN MEMPERKATAKAN TENTANG PENGURUSAN, MEMANDANGKAN DI HADAPAN SAYA INI IALAH PENGURUS-PENGURUS, DALAM BIDANG MASING-MASING. PENGURUSAN SECARA MUDAHNYA DI KATAKAN SATU KAEDAH UNTUK MENGATUR DAN MENGENDALIKAN SESUATU, SUPAYA IANYA DAPAT DI URUS DENGAN BAIK, DAN DAPAT MENCAPAI OBJEKTIF YANG TERMAKLUM UNTUK ORGANISASI ITU. IANYA MENCAKUPI PENGURUSAN KEWANGAN, PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, PENGURUSAN KESELAMATAN , PENGURUSAN HARTA BENDA, PENGURUSAN IT DAN SEBAGAINYA.

 

            DI BIDANG PENGURUSAN KESELAMATAN, SEPERTIMANA DI BIDANG-BIDANG LAIN, SOAL KERJASAMA ANTARA UNIT-UNIT YANG BERASINGAN ADALAH AMAT PENTING SEKALI. TIDAK MUNGKIN SEORANG PENGURUS NEGERI DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK, SEKIRANYA BELIAU TIDAK MENDAPAT KERJASAMA DARI PETUGAS-PETUGAS LAIN SEPERTI KERANINYA, PEMBANTU PEJABAT , ATAU DARI UNIT-UNIT LAIN SEPERTI UNIT KEWANGAN, PEMASARAN, OPERASI DAN SEBAGAINYA.

 

            SATU LAGI DIMENSI IALAH TENTANG BEKERJA DENGAN ‘FOCUS’ SUPAYA KITA PASTIKAN KITA MENDAPAT SESUATU ‘ASSIGNMENT’ ITU, BARULAH KITA TUMPUKAN PERHATIAN KITA KEPADA YANG LAIN PULA.SEBAGAI PENGAJARAN, TIDAKKAH KITA PERHATIKAN BETAPA FOKUSNYA BURUNG BELATUK? CUBA KITA PERHATIKAN BAGAIMANA BURUNG BELATUK BUAT SARANG ATAU RUMAHNYA. PERTAMANYA DIA AKAN BUAT TINJAUAN DULU DI BATANG POKOK MANA YANG PALING STRATEGIK UNTUK BUAT RUMAH.BIASANYA DIA AKAN MENCARI BATANG POKOK KELAPA , DAN BIASANYA DIA AKAN MEMILIH TEMPAT YANG TINGGI, MUNGKIN UNTUK MENGHALANG GANGGUAN BINATANG-BINATANG SEPERTI ULAR DARI MENGANGGUNYA ATAU MEMAKAN TELURNYA ATAU ANAKNYA.SETELAH DI PILIHNYA TEMPAT YANG SESUAI, LALU DIA AKAN MEMATUK TEMPAT ITU, SETIAP HARI, 12 JAM SEHARI SEMALAM SUPAYA AKHIRNYA TERBENTUKLAH TEMPAT KEDIAMAN ATAU SARANG, ATAU RUMAHNYA SI BURUNG BELATUK ITU. KENAPAKAH KITA YANG MEMPUNYAI AKAL TIDAK MENCONTOHI SI BURUNG BELATUK ITU, DARI SEGI FOKUSNYA KEPADA MATLAMATNYA ITU, SEHINGGA DIA AKAN MENDAPAT MENCAPAI OBJEKTIFNYA.

 

            SATU LAGI ASPEK PENTING UNTUK KITA FAHAMI DAN SUPAYA SENTIASA MENJADI AMALAN KITA IALAH PRINSIP BAHAWA SEKIRANYA KITA TIDAK MAMPU BUAT SEMUA, JANGAN TINGGAL SEMUA.BUATLAH SETAKAT TERMAMPU, TETAPI BUAT SECARA YANG TERBAIK DAN SECEMERLANG YANG BOLEH. TETAPI JANGANLAH PRINSIP INI DI JADIKAN ALASAN UNTUK MELAKSANAKAN KERJA SECARA SAMBIL LEWA DAN SECARA ‘MEDIOCRE., DAN TIDAK BERUSAHA UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF DAN MATLAMAT SYARIKAT DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH .

 

            BILA DI PERKATAKAN MATLAMAT KITA, BANYAK ORANG AKAN BERKATA, MATLAMAT KITA ADALAH UNTUK MEMBUAT KEUNTUNGAN SE MAKSIMA YANG MUNGKIN. DAN UNTUK ITU, THE GROUND RULE IALAH KITA HENDAKLAH MEMUASKAN KEHENDAK PELANGGAN, OUR CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT. MAKA PERLULAH KITA MEMUASKAN HATI PELANGGAN KITA DARI SEGI MENEPATI DARI SEGI MASANYA, KUALITINYA DAN KUANTITINYA. INI ADALAH SESUATU YANG JELAS, DAN SEPATUTNYA SEMUA ORANG PATUH KEPADANYA.

 

            NAMUN DEMIKIAN, ADA LAGI SATU DIMENSI YANG LEBIH UNGGUL DARI ITU.TIDAKKAH KITA TERFIKIR BAHAWA KITA BEKERJA ADALAH UNTUK MENCAPAI “MARDHATI LLEH” (KEREDHAAN ALLAH)? DAN TIDAKKAH KITA TERFIKIR BAHAWA SEKIRANYA KITA BEKERJA UNTUK MENCAPAI MARDHAATI LLEH, MAKA KITA AKAN BEKERJA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENCAPAI TAHAP YANG TERBAIK, DENGAN HATI YANG SE IKHLAS MUNGKIN, DENGAN CUKUP AMANAH, TANPA ADA UNSUR PENIPUAN ATAU CURI TULANG , DAN MALAH TANPA ADA APA-APA PENYELIAAN SEKALIPUN.

 

            MALAH ORANG-ORANG YANG BEKERJA UNTUK MENCAPAI MARTABAT “MARDHATI LLEH” (KEREDHAAN ALLAH) AKAN BEKERJA DENGAN NIAT UNTUK MENDAPAT AMAL SOLEH DARI USAHANYA ITU.OLIH ITU DIA AKAN BEKERJA DENGAN LANDASAN YANG BETUL, SESUAI DENGAN KAEDAH-KAEDAH YANG DI TENTUKAN OLEH SYARA’.

 

            TENTU SEKALI OBJEKTIF INI ADALAH MENJADI GOAL ATAU MATLAMAT KITA UNTUK JANGKA PANJANG. TETAPI SEBELUM KITA MENCAPAI TAHAP ITU, SEMUA SAFEGUARDS MESTI ADA UNTUK MENAPIS MEREKA YANG MASIH “NAKAL”.JADI KITA MASIH PERLU KEPADA PENYELIAAN, PROSES PENGAMBILAN PENGAWAL YANG BAIK DAN TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN YANG DAPAT MENILAI YANG MANA INTAN DAN YANG MANA KACA.

 

              BAGI PENGAMBILAN PENGAWAL, PANDUAN DARI AL-QURAN IALAH KITA MESTI MENGAMBIL MEREKA YANG “KUAT” (MAKNANYA SIHAT TUBUH BADAN) DAN BERAMANAH.  ALLAH BERFIRMAN, “ SESUNGGUHNYA ORANG YANG PALING BAIK KAMU AMBIL BEKERJA IALAH ORANG YANG KUAT DAN DAPAT DI PERCAYAI”. (AL-QASAS: 20).

 

              BERBEKALKAN, AMANAH, SEORANG PENGAWAL ITU AKAN DATANG KERJA PADA WAKTU YANG DI TETAPKAN, MEMBUAT RONDAAN MENGIKUT JADUAL YANG DI PERSETUJUI BERSAMA, TIDAK CURI TULANG PADA MASA DATANG KERJA DAN MASA BALIK KERJA, AMANAH DENGAN PAKAIAN YANG DI BEKALKAN,AMANAH DALAM CARA BERBELANJA DENGAN WANG GAJINYA, TIDAK MENGGUNAKAN MASA KERJA UNTUK MELEPAK ATAU APA LAGI UNTUK MELAKUKAN KERJA-KERJA MAKSIAT SEPERTI BERJUDI DAN SEBAGAINYA. DIA AMANAH DENGAN ALLAH DENGAN MENGERJAKAN SOLAT 5 KALI SEHARI SEMALAM DAN MELAKUKAN SEGALA GERAK KERJA YANG DI SURUH ALLAH PADA SETIAP MASA.

 

              SATU LAGI ASPEK PENGURUSAN YANG POPULAR HARI INI IALAH “MANAGEMENT BY WALKING AROUND”.INI ADALAH SATU CARA PENGURUSAN YANG AMAT BERKESAN UNTUK KERJA-KERJA PERKHIDMATAN SEPERTI KITA INI. SEDIA KITA MAKLUM BAHAWA KERJA KITA ADALAH PENYELIAAN, MAKA DENGAN SENDIRINYA PENGURUSAN CARA INI ADALAH YANG PALING TEPAT. OLEH ITU, TUAN-TUAN HENDAKLAH TIDAK JEMU-JEMU UNTUK MEMBUAT PENYELIAAN KERANA PENYELIAAN ITULAH KERJA KITA.

 

              SAYA TIDAK BERCADANG UNTUK BERUCAP DENGAN PANJANG LEBAR PADA KALI NI, TETAPI MEMADAILAH UNTUK DIKATAKAN BAHAWA SESUAI DENGAN NAMANYA KITA MESTI BERLUMBA-LUMBA UNTUK MENCAPAI BUDAYA KERJA CEMERLANG.

 

              SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA SAHABAT KITA YANG DI NOBATKAN SEBAGAI PENGAWAL TERBAIK BAGI TAHUN INI. SEMOGA TAHAP TERBAIK INI DI KEKALKAN SAMPAI BILA-BILA.

 

WABILLAHI TAUFIK WAL HIDAYAH WASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

 

“TOWARDS SECURITY EXCELLENCE” - ISO 9001/2008 CERTIFICATION APPROVED.

Monday, 02 April, 2012

Congratulation to all CPSB staff !
CPSB endless effort towards achieving higher service standard through ISO 9001/2008 certification are finally approved. Continuous support and total staff commitment at all level will ensure successful implementation and maintaining of an efficient system nationwide will ultimately we hope, to give more value for money spent by our client when and wherever they engage our services.

PATROL SERVICE

Monday, 02 April, 2012

Recently delivered to our Kota Kinabalu branch, our standard Proton Saga security patrol vehicle as an added security deterrence and to provide our client there a faster, reaction time in case of emergencies. Currently available in Sandakan and Tawau (Sabah), Central Region (Kuala Lumpur), Northern Region (Penang/Perak) and Pahang.


Enquiries on this services welcome from factories, residential area, VIP and high risk individual house, etc.